Monday, November 1, 2010

JOHAN PERTANDINGAN REKACIPTA


Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 EdusciencePeringkat Negeri Johor 2010

Pasukan Seg Hwa telah memenangi JOHAN dalam kategori Kelajuan dan kestabilan. Mereka akan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir bulan November tahun ini. Pasukan Seg Hwa terdiri daripada Pua Kai dan Pang Yee Kent. Mereka dibimbing oleh Puan Sia Peng Yee

Wednesday, July 28, 2010

KEM SEHARI ASTRONOMI


Pada Jumaat 16 Julai lalu, Kem Sehari astronomi anjuran Tingkatan 6 Sains(Fizik) telah diadakan. Objektif kem ini ialah memberi pendedahan secara amali berkaitan ilmu astronomi kepada para pelajar. Akiviti yang dijalankan adalah pencerapan matahari dan bulan, pameran serta ceramah yang disampaikan oleh Doktor Sua Sin Zang dari SM Hin Hua. Beliau hadir bersama rakannya dari Jementah yang memiliki alat khas berkaitan bidang ini.

Friday, July 23, 2010

LDP 3/2010 - CARA PENULISAN WASIAT


Latihan Dalam Perkhidmatan ke 3 telah diadakan pada sabtu 24 Julai 2010. Ceramah telah disampaikan oleh En. Andy Tan dari OSK Trustees Berhard. Beliau merupakan Naib President OSK Wills Division. Beliau adalah Graduan dari ICSA & ABE, berpengalaman luas dalam pengurusan wasiat. Ceramah beliau merangkumi penulisan wasiat bagi beragama Islam dan yang bukan Islam

Tuesday, June 29, 2010

SMK SEG HWA NAIB JOHAN JOHOR



Pada 24 jun lalu SMJK Seg Hwa telah menyertai Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains di PERSADA JB. Peserta Seg Hwa terdiri Sim Wei Tin dan Ang Chin Wen yang dibimbingi oleh guru cemerlang fizik Pn. Sia Peng Yee. Tajuk pertunjukkan sains ialah‘SOUND SOUND SOUND’ di mana sebanyak 5 aktiviti sains berkaitan dengan gelombang bunyi telah dipersembahkan iaitu
(i) “Dustbin drum”
(ii) “Thunder can”
(iii) “Crying basin”
(iv) “Singing tube”
(v) “Haunted pipe
Pertandingan pertunjukan sains ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat audition dan peringkat akhir. Peringkat audition telah dijalankan pada 12/4/2010 di Playsmart, JB. Sebanyak 35 kumpulan dari semua daerah di Negeri Johor menyertai audition tersebut. Hanya 8 kumpulan yang berjaya terpilih untuk mara ke peringkat akhir pada 24/6/2010 di Persada JB.
Kumpulan Seg Hwa telah memenangi NAIB JOHAN keseluruhan pertandingan akhir tersebut. Mereka telah menerima sijil pencapaian serta hadiah dari Petrosains.
Kumpulan Seg Hwa akan mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Pertunjukan Sains Peringkat Kebangsaan yang dijangkakan berlangsung pada awal bulan Ogos.
Tahniah kepada mereka semoga kekalkan kecemerlangan Seg Hwa di peringkat kebangsaan kelak.

Saturday, May 15, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA 2010

Sekitar Gotong-royong Pencegahan Pembiakan Aedes Di SMK Seg Hwa pada Sabtu 15 Mei 2010



Wednesday, May 12, 2010

LATIHAN CEGAH KEBAKARAN



Pada 13 Mei 2010 , satu latihan menyelamat, mengosongkan bangunan dan latihan cegah kebakaran telah diadakan untuk semua warga sekolah. Satu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Menyelamat Bandar Putra Segamat telah memberi tunjuk cara dan ceramah.
Add Image

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE2/2010


Pada sabtu 8 mei lalu Kursus LDP kali ke 2 / 2010 telah diadakan di perpustakaan SMK Seg Hwa. Kursus yang dihadiri oleh semua guru SMK Seg Hwa telah diadakan dalam dua bahagian. Slot pertama mengenai EMIS dan SMM telah disampaikan oleh Tn. Hj. Shamsul bin Ponijan yang merupakan guru data sekolah manakala slot kedua mengenai pembinaan blog dijelaskan oleh En. Tan Liong Kea yang juga guru cemerlang mata pelajaran Biologi.

Monday, May 10, 2010

INFLUENZA A(H1N1)

SITUASI INFLUENZA A(H1N1).
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa penularan virus Influenza A(H1N1) aktif bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini dan di seluruh dunia. Penularan jangkitan ini cukup mudah berlaku di tempat-tempat di mana orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak. Bagi mengekang penularan ini secara efektif, adalah amat penting bagi mereka yang dijangkiti atau mempunyai gejala influenza like-illness (ILI) seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak melaksanakan tanggungjawab sosial supaya tidak pergi ke tempat-tempat sedemikian. Jika mereka yang mempunyai gejala ILI ini terpaksa keluar dan berhubungan dengan orang lain, mereka diminta SENTIASA memakai penutup hidung dan mulut dan mengamalkan adab batuk dan kebersihan diri yang baik. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain.
Orang awam juga diminta untuk terus mengamalkan langkah-langkah mudah mencegah penularan virus H1N1 seperti berikut:
1.
Basuh tangan dengan kerap dengan menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin.
2.
Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan.
3.
Amalkan cara hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.
4.
Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai gejala ILI.
5.
Mereka yang mengalami gejala ILI perlu mendapatkan rawatan segera di klinik yang berdekatan. Rawatan awal sangat penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi jangkitan.

Langkah-langkah mudah di atas sudah terbukti berkesan mengekang penularan jangkitan H1N1. Justeru, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan mengamalkan langkah-langkah mudah tersebut bagi mengekang penularan jangkitan ini.

Mengenai aktiviti harian, sehingga jam 8:00 pagi pada 10 Mei 2010, Kementerian telah menerima dua (2) laporan kejadian kluster ILI, masing-masing satu daripada negeri Selangor dan Terengganu seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 9 Mei 2010, sejumlah 34 kes disahkan positif Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,067. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 671 kes. Daripada jumlah tersebut, 85 kes (12.7%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah 12 kes dimana tujuh (7) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus Influenza A(H1N1) seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan vaksinasi kepada kumpulan berisiko, serta langkah-langkah pencegahan, boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 10 Mei 2010
sumber : http://h1n1.moh.gov.my/

Thursday, April 29, 2010

MOTIVASI BERSAMA ARTIS


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seg Hwa telah mengadakan program motivasi bersama artis terkenal pada 29 April yang lalu. Artis tersebut ialah "Ah Niu" (pengarah filem), Yi jet Qi (Penggubah lagu) dan Jiang Pei Pei (artis NTV7) telah berkongsi pengalaman yang menarik bersama para pelajar. Program yang pertama kali diadakan ini sungguh berkesan kerana telah berjaya mendapat perhatian sepenuhnya dari para pelajar.

Monday, April 26, 2010

SMK SEG HWA WAKILI JOHOR


SMK Seg Hwa berjaya memasuki Pertandingan Akhir Science Show yang telah dijadualkan pada 26 Jun 2010 di Persada Johor. Maklumat lanjut tentang Keputusan Saringan Science Show Johor 2010 boleh diperolehi di http://kokujpnj.com/v1/ dan di http://www.box.net/shared/e34y7yubsm

Sunday, April 18, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN. CHIA YOK MEE


Pada 19 April 2010 SMK Seg Hwa telah meraikan persaraan Pn. Chia Yok Mee.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak 1993.Semasa majlis persaraannya beliau telah menghadiahkan kepada sekolah sebuah LCD untuk kegunaan sekolah. Kepada Pn. Chia Jasamu dikenang.

Thursday, April 15, 2010

OLAHRAGA JOHAN SEGAMAT 2010


Pasukan Olahraga Sekolah Menengah Seg Hwa terdiri daripada 88 orang atlit. Pasukan ini menyertai Olahraga MSSD Segamat pada 23 Mac hingga 26 Mac 2010 di Padang SMK Seri Kenangan, Batu Anam, Segamat.
Pasukan ini diberi latihan selama dua minggu oleh guru-guru penasihat seperti berikut di bawah pengawasan Pn.Norzailah Bte Zainal Abidin selaku GPK Kokurikulum:
En.James Paul Raj (Ketua), Pn. K.Janarthini,En.Tey Chun Hock,En. Chin Chee Hiong,En. Mukhtar Zashali, En. Tan Eng Lee,Cik Lee Sor Yong ,Cik Nur Amira Bte Ab Rahman , En.Goh Jit Siang dan Pn. Siti Nor Azura Bte MA Bakar
Pasukan sekolah kita menjadi johan keseluruhan dalam peringkat MSSD Segamat dengan memenangi 16 pingat emas, 22 pingat perak, dan 16 pingat gangsa.
Selain itu, pasukan sekolah juga memenangi piala-piala pusingan berikut
a) Kumpulan Perempuan 13 Terbaik
b) Kumpulan Perempuan 15 Terbaik
c) Kumpulan Perempuan 18 Terbaik
d) Pungutan Emas Tebanyak (16 Pingat Emas)
e) Peserta Terbaik Perempuan 13 Tahun - Ng Yu Feng
f) Peserta Terbaik Perempuan 15 Tahun - Yew Mei Mei
g) Johan Keseluruhan Perempuan
Dua belas orang atlet kita telah terpilih untuk mewakili Daerah Segamat ke peringkat MSSJ yang telah diadakan di Muar pada 14 april hingga 17 April 2010. Mereka yang dipilih untuk mewakili ke peringkat MSSJ ialah Hong Mei Zoh, Ng Yu Feng, Gan Sin Jor, Tin Wan Ying, Chai Ann Chee, Tan Chee Hao, Yew Mei Mei, Lai Wern Yi,Tan Joo Ee, Tan Kah Hwee, Sim Kah Soon, dan Chong Hong Li.

Tuesday, April 13, 2010

JOHAN BOLA KERANJANG MSSD 2010


Pasukan bola keranjang SMK Seg Hwa telah mencapai kejayaan dengan mendapat johan bagi kategori lelaki 18 tahun dan juga johan bagi katogeri perempuan 18 tahun. seramai 10 pelajar terpilih wakili daerah Segamat.

Monday, March 22, 2010

Persaraan Pn. Chew Peng Leng


Pada 22 Mac lalu SMK Seg Hwa telah kehilangan seorang guru yang berpegalaman iaitu Pn. Chew Peng Leng. Pn. Chew yang mula bersara pada tarikh ini merupakan seorang guru yang telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
Biodata Pn. Chew Peng Leng
Pada 22 Mac 1954, Pn. Chew Peng Leng telah dilahirkan di Gambang, Pahang. Kemudian, beliau berpindah ke Segamat mengikut ibu bapanya semasa berusia 2 tahun. Pn. Chew merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Canossian Convent, SMK Canossian Convent dan Sekolah Tinggi Segamat sehingga tamat persekolahan di peringkat menengah atas. Selepas itu, Pn. Chew telah melanjutkan pelajaran Ting.6 di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1972. Beliau telah memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Biologi di Universiti Malaya pada tahun 1977 dan Diploma Pendidikan pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1979, Pn. Chew telah bertemu jodoh dengan Dr. Pang San Chee dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Dua anak perempuan Pn. Chew kini bertugas sebagai doktor di Liverpool dan Melbourne manakala anak lelakinya adalah seorang peguam di Kuala Lumpur.
Selepas tamat pengajian di universiti, Pn. Chew telah memulakan kerjayanya sebagai guru biologi untuk tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru pada tahun 1979 hingga 1981. Pada tahun 1982, Pn. Chew telah menjadi warga pendidik di SMK Seg Hwa sehingga ke hari ini iaitu hari persaraan beliau dari jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di SMK Seg Hwa. Sepanjang perkhidmatan Pn. Chew di SMK Seg Hwa, Pn. Chew telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi sehingga beliau diangugerahkan Guru Dedikasi oleh Stamford Universiti.
Syabas dan tahniah ! Selamat Bersara dari dunia pendidikan, semoga sentiasa sihat sejahtera.

Saturday, March 6, 2010

KURSUS SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH


En. Hamzah Ahmad, Pegawai Penddikan Daerah Segamat telah memberi penerangan mengenai sistem pengurusan sekolah berkualiti pada 6 Mac 2010 yang lalu kepada semua guru dan pentadbir SMK Seg Hwa. Kursus ini bertujuan mendedahkan berkaitan pelaksanaan pengurusan sekolah yang berkualiti agar dapat melahirkan pelajar yang berkualiti. Isi kandung kursus ini seperti berikut:-
1.Prosedur Berkualiti Pengurusan Panitia
2.Prosedur Berkualiti Pengurusan Jadual Waktu
3.Prosedur Berkualiti Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
4.Prosedur Berkualiti Pengurusan Pencerapan
5.Prosedur Berkualiti Pengurusan Peperiksaan
6.Prosedur Berkualiti Pengurusan semakan Hasil Kerja Murid
7.Prosedur Berkualiti Pengurusan Mesyuarat
8.Prosedur Berkualiti Pengurusan Aduan Pelanggan
9.Prosedur Berkualiti Pengurusan Pengurusan Pusat Sumber
10.Prosedur Berkualiti Pengurusan Perkembangan Staf
11.Prosedur Berkualiti Pengurusan Perolehan dan Pembelian
12.Prosedur Berkualiti Pengurusan kawalan dokumen dan rekod
13.Prosedur Berkualiti Pengurusan Bimbingan
14.Prosedur Berkualiti Pengurusan Audit Dalaman

KURSUS LDP - SISTEM FILE


Pada 6 Mac 2010 lalu Kursus Pengurusan File telah disertai semua guru dan pentadbir SMK Seg Hwa oleh En. Hamzah bin Ahmad Pegawai Pendididkan Daerah Segamat. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga SMK Seg Hwa tentang sistem pengurusan fail yang betul dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Jun 2010. Sistem yang mengikut kaedah JPA ini dibawah tanggungjawab Jabatan Arkib Negara.

Tuesday, March 2, 2010

KEPUTUSAN STPM 2009

SMJK Seg Hwa telah mencapai keputusan STPM 2009 yang cemerlang pada peringkat negeri dan daerah.
*Peringkat Negeri Johor
-Biologi - pertama
-Pengajian am - kedua

*Peringkat Daerah Segamat
-Biologi - Pertama
-Pengajian Am - Pertama
-Fizik - Pertama

Monday, March 1, 2010

PROGRAM RIMUP


Pada 25 Februari lalu SMJK Seg Hwa telah mengadakan Program Rimup (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) bersama Sekolah Tinggi Segamat. Sebagai tuan rumah kami telah menerima tetamu seramai 42 orang pelajar pelbagai kaum dari STS bersama guru pengiring yang diketuai oleh En. Ahmad Hourmain GPK(HAL EHWAL MURID) bersama-sama Pn. Lim Sze Yee, Pn. Santhi, Cik Nazatulshima dan Cik Kharween. Dr. Martin Ponniah yang merupakan Pengerusi Alumni STS juga hadir. Pasukan Sekolah Tinggi Segamat telah mengadakan 3 persembahan iaitu Dikir Barat, Nyanyian lagu Joget Pahang dan Tarian Masri Kerincing.Terima kasih, Sekolah Tinggi Segamat.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA