Saturday, May 15, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA 2010

Sekitar Gotong-royong Pencegahan Pembiakan Aedes Di SMK Seg Hwa pada Sabtu 15 Mei 2010



Wednesday, May 12, 2010

LATIHAN CEGAH KEBAKARAN



Pada 13 Mei 2010 , satu latihan menyelamat, mengosongkan bangunan dan latihan cegah kebakaran telah diadakan untuk semua warga sekolah. Satu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Menyelamat Bandar Putra Segamat telah memberi tunjuk cara dan ceramah.
Add Image

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE2/2010


Pada sabtu 8 mei lalu Kursus LDP kali ke 2 / 2010 telah diadakan di perpustakaan SMK Seg Hwa. Kursus yang dihadiri oleh semua guru SMK Seg Hwa telah diadakan dalam dua bahagian. Slot pertama mengenai EMIS dan SMM telah disampaikan oleh Tn. Hj. Shamsul bin Ponijan yang merupakan guru data sekolah manakala slot kedua mengenai pembinaan blog dijelaskan oleh En. Tan Liong Kea yang juga guru cemerlang mata pelajaran Biologi.

Monday, May 10, 2010

INFLUENZA A(H1N1)

SITUASI INFLUENZA A(H1N1).
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa penularan virus Influenza A(H1N1) aktif bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini dan di seluruh dunia. Penularan jangkitan ini cukup mudah berlaku di tempat-tempat di mana orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak. Bagi mengekang penularan ini secara efektif, adalah amat penting bagi mereka yang dijangkiti atau mempunyai gejala influenza like-illness (ILI) seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak melaksanakan tanggungjawab sosial supaya tidak pergi ke tempat-tempat sedemikian. Jika mereka yang mempunyai gejala ILI ini terpaksa keluar dan berhubungan dengan orang lain, mereka diminta SENTIASA memakai penutup hidung dan mulut dan mengamalkan adab batuk dan kebersihan diri yang baik. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain.
Orang awam juga diminta untuk terus mengamalkan langkah-langkah mudah mencegah penularan virus H1N1 seperti berikut:
1.
Basuh tangan dengan kerap dengan menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin.
2.
Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan.
3.
Amalkan cara hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.
4.
Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai gejala ILI.
5.
Mereka yang mengalami gejala ILI perlu mendapatkan rawatan segera di klinik yang berdekatan. Rawatan awal sangat penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi jangkitan.

Langkah-langkah mudah di atas sudah terbukti berkesan mengekang penularan jangkitan H1N1. Justeru, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan mengamalkan langkah-langkah mudah tersebut bagi mengekang penularan jangkitan ini.

Mengenai aktiviti harian, sehingga jam 8:00 pagi pada 10 Mei 2010, Kementerian telah menerima dua (2) laporan kejadian kluster ILI, masing-masing satu daripada negeri Selangor dan Terengganu seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 9 Mei 2010, sejumlah 34 kes disahkan positif Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,067. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 671 kes. Daripada jumlah tersebut, 85 kes (12.7%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah 12 kes dimana tujuh (7) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus Influenza A(H1N1) seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan vaksinasi kepada kumpulan berisiko, serta langkah-langkah pencegahan, boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 10 Mei 2010
sumber : http://h1n1.moh.gov.my/