Monday, March 22, 2010

Persaraan Pn. Chew Peng Leng


Pada 22 Mac lalu SMK Seg Hwa telah kehilangan seorang guru yang berpegalaman iaitu Pn. Chew Peng Leng. Pn. Chew yang mula bersara pada tarikh ini merupakan seorang guru yang telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
Biodata Pn. Chew Peng Leng
Pada 22 Mac 1954, Pn. Chew Peng Leng telah dilahirkan di Gambang, Pahang. Kemudian, beliau berpindah ke Segamat mengikut ibu bapanya semasa berusia 2 tahun. Pn. Chew merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Canossian Convent, SMK Canossian Convent dan Sekolah Tinggi Segamat sehingga tamat persekolahan di peringkat menengah atas. Selepas itu, Pn. Chew telah melanjutkan pelajaran Ting.6 di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1972. Beliau telah memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Biologi di Universiti Malaya pada tahun 1977 dan Diploma Pendidikan pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1979, Pn. Chew telah bertemu jodoh dengan Dr. Pang San Chee dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Dua anak perempuan Pn. Chew kini bertugas sebagai doktor di Liverpool dan Melbourne manakala anak lelakinya adalah seorang peguam di Kuala Lumpur.
Selepas tamat pengajian di universiti, Pn. Chew telah memulakan kerjayanya sebagai guru biologi untuk tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru pada tahun 1979 hingga 1981. Pada tahun 1982, Pn. Chew telah menjadi warga pendidik di SMK Seg Hwa sehingga ke hari ini iaitu hari persaraan beliau dari jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di SMK Seg Hwa. Sepanjang perkhidmatan Pn. Chew di SMK Seg Hwa, Pn. Chew telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi sehingga beliau diangugerahkan Guru Dedikasi oleh Stamford Universiti.
Syabas dan tahniah ! Selamat Bersara dari dunia pendidikan, semoga sentiasa sihat sejahtera.

No comments:

Post a Comment