Monday, October 26, 2009

SMJK SEG HWA JUARA JOHOR


Pada 24 Oktober lalu tiga pelajar SMKSH telah mengharumkan nama Daerah Segamat dengan menjadi juara peringkat negeri Johor semasa Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains Peringkat Negeri Johor 2009. Pertandingan tersebut dijalankan di Perbandaran Perpustakaan Negeri Johor. Peserta SMKSH terdiri dari Tan Say Fin, Risa bt Ashaari dan Chong Soon Chin di bawah bimbingan Pn. Sia Peng Yee. Sebanyak 4 pertunjukan ‘Fun With Air and Water’ dipersembahkan oleh mereka, iaitu

  • Air Cannon
  • Non-drip jug
  • Water-proof Porcupine
  • Wild-wild wet

Kumpulan Seg Hwa telah mendapat hadiah khas Petrosains, sijil pencapaian dan cek bernilai RM1000. Kumpulan ini akan mewakili Negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun depan. Semoga mereka akan berjaya pada peringkat kebangsaan nanti.

No comments:

Post a Comment