Monday, November 1, 2010

JOHAN PERTANDINGAN REKACIPTA


Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 EdusciencePeringkat Negeri Johor 2010

Pasukan Seg Hwa telah memenangi JOHAN dalam kategori Kelajuan dan kestabilan. Mereka akan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir bulan November tahun ini. Pasukan Seg Hwa terdiri daripada Pua Kai dan Pang Yee Kent. Mereka dibimbing oleh Puan Sia Peng Yee

Wednesday, July 28, 2010

KEM SEHARI ASTRONOMI


Pada Jumaat 16 Julai lalu, Kem Sehari astronomi anjuran Tingkatan 6 Sains(Fizik) telah diadakan. Objektif kem ini ialah memberi pendedahan secara amali berkaitan ilmu astronomi kepada para pelajar. Akiviti yang dijalankan adalah pencerapan matahari dan bulan, pameran serta ceramah yang disampaikan oleh Doktor Sua Sin Zang dari SM Hin Hua. Beliau hadir bersama rakannya dari Jementah yang memiliki alat khas berkaitan bidang ini.

Friday, July 23, 2010

LDP 3/2010 - CARA PENULISAN WASIAT


Latihan Dalam Perkhidmatan ke 3 telah diadakan pada sabtu 24 Julai 2010. Ceramah telah disampaikan oleh En. Andy Tan dari OSK Trustees Berhard. Beliau merupakan Naib President OSK Wills Division. Beliau adalah Graduan dari ICSA & ABE, berpengalaman luas dalam pengurusan wasiat. Ceramah beliau merangkumi penulisan wasiat bagi beragama Islam dan yang bukan Islam

Tuesday, June 29, 2010

SMK SEG HWA NAIB JOHAN JOHOR



Pada 24 jun lalu SMJK Seg Hwa telah menyertai Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains di PERSADA JB. Peserta Seg Hwa terdiri Sim Wei Tin dan Ang Chin Wen yang dibimbingi oleh guru cemerlang fizik Pn. Sia Peng Yee. Tajuk pertunjukkan sains ialah‘SOUND SOUND SOUND’ di mana sebanyak 5 aktiviti sains berkaitan dengan gelombang bunyi telah dipersembahkan iaitu
(i) “Dustbin drum”
(ii) “Thunder can”
(iii) “Crying basin”
(iv) “Singing tube”
(v) “Haunted pipe
Pertandingan pertunjukan sains ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat audition dan peringkat akhir. Peringkat audition telah dijalankan pada 12/4/2010 di Playsmart, JB. Sebanyak 35 kumpulan dari semua daerah di Negeri Johor menyertai audition tersebut. Hanya 8 kumpulan yang berjaya terpilih untuk mara ke peringkat akhir pada 24/6/2010 di Persada JB.
Kumpulan Seg Hwa telah memenangi NAIB JOHAN keseluruhan pertandingan akhir tersebut. Mereka telah menerima sijil pencapaian serta hadiah dari Petrosains.
Kumpulan Seg Hwa akan mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Pertunjukan Sains Peringkat Kebangsaan yang dijangkakan berlangsung pada awal bulan Ogos.
Tahniah kepada mereka semoga kekalkan kecemerlangan Seg Hwa di peringkat kebangsaan kelak.

Saturday, May 15, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA 2010

Sekitar Gotong-royong Pencegahan Pembiakan Aedes Di SMK Seg Hwa pada Sabtu 15 Mei 2010



Wednesday, May 12, 2010

LATIHAN CEGAH KEBAKARAN



Pada 13 Mei 2010 , satu latihan menyelamat, mengosongkan bangunan dan latihan cegah kebakaran telah diadakan untuk semua warga sekolah. Satu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Menyelamat Bandar Putra Segamat telah memberi tunjuk cara dan ceramah.
Add Image

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE2/2010


Pada sabtu 8 mei lalu Kursus LDP kali ke 2 / 2010 telah diadakan di perpustakaan SMK Seg Hwa. Kursus yang dihadiri oleh semua guru SMK Seg Hwa telah diadakan dalam dua bahagian. Slot pertama mengenai EMIS dan SMM telah disampaikan oleh Tn. Hj. Shamsul bin Ponijan yang merupakan guru data sekolah manakala slot kedua mengenai pembinaan blog dijelaskan oleh En. Tan Liong Kea yang juga guru cemerlang mata pelajaran Biologi.

Monday, May 10, 2010

INFLUENZA A(H1N1)

SITUASI INFLUENZA A(H1N1).
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa penularan virus Influenza A(H1N1) aktif bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini dan di seluruh dunia. Penularan jangkitan ini cukup mudah berlaku di tempat-tempat di mana orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak. Bagi mengekang penularan ini secara efektif, adalah amat penting bagi mereka yang dijangkiti atau mempunyai gejala influenza like-illness (ILI) seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak melaksanakan tanggungjawab sosial supaya tidak pergi ke tempat-tempat sedemikian. Jika mereka yang mempunyai gejala ILI ini terpaksa keluar dan berhubungan dengan orang lain, mereka diminta SENTIASA memakai penutup hidung dan mulut dan mengamalkan adab batuk dan kebersihan diri yang baik. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain.
Orang awam juga diminta untuk terus mengamalkan langkah-langkah mudah mencegah penularan virus H1N1 seperti berikut:
1.
Basuh tangan dengan kerap dengan menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin.
2.
Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan.
3.
Amalkan cara hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.
4.
Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai gejala ILI.
5.
Mereka yang mengalami gejala ILI perlu mendapatkan rawatan segera di klinik yang berdekatan. Rawatan awal sangat penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi jangkitan.

Langkah-langkah mudah di atas sudah terbukti berkesan mengekang penularan jangkitan H1N1. Justeru, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan mengamalkan langkah-langkah mudah tersebut bagi mengekang penularan jangkitan ini.

Mengenai aktiviti harian, sehingga jam 8:00 pagi pada 10 Mei 2010, Kementerian telah menerima dua (2) laporan kejadian kluster ILI, masing-masing satu daripada negeri Selangor dan Terengganu seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 9 Mei 2010, sejumlah 34 kes disahkan positif Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,067. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 671 kes. Daripada jumlah tersebut, 85 kes (12.7%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah 12 kes dimana tujuh (7) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus Influenza A(H1N1) seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan vaksinasi kepada kumpulan berisiko, serta langkah-langkah pencegahan, boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 10 Mei 2010
sumber : http://h1n1.moh.gov.my/