Saturday, March 6, 2010

KURSUS LDP - SISTEM FILE


Pada 6 Mac 2010 lalu Kursus Pengurusan File telah disertai semua guru dan pentadbir SMK Seg Hwa oleh En. Hamzah bin Ahmad Pegawai Pendididkan Daerah Segamat. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga SMK Seg Hwa tentang sistem pengurusan fail yang betul dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Jun 2010. Sistem yang mengikut kaedah JPA ini dibawah tanggungjawab Jabatan Arkib Negara.

Tuesday, March 2, 2010

KEPUTUSAN STPM 2009

SMJK Seg Hwa telah mencapai keputusan STPM 2009 yang cemerlang pada peringkat negeri dan daerah.
*Peringkat Negeri Johor
-Biologi - pertama
-Pengajian am - kedua

*Peringkat Daerah Segamat
-Biologi - Pertama
-Pengajian Am - Pertama
-Fizik - Pertama

Monday, March 1, 2010

PROGRAM RIMUP


Pada 25 Februari lalu SMJK Seg Hwa telah mengadakan Program Rimup (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) bersama Sekolah Tinggi Segamat. Sebagai tuan rumah kami telah menerima tetamu seramai 42 orang pelajar pelbagai kaum dari STS bersama guru pengiring yang diketuai oleh En. Ahmad Hourmain GPK(HAL EHWAL MURID) bersama-sama Pn. Lim Sze Yee, Pn. Santhi, Cik Nazatulshima dan Cik Kharween. Dr. Martin Ponniah yang merupakan Pengerusi Alumni STS juga hadir. Pasukan Sekolah Tinggi Segamat telah mengadakan 3 persembahan iaitu Dikir Barat, Nyanyian lagu Joget Pahang dan Tarian Masri Kerincing.Terima kasih, Sekolah Tinggi Segamat.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


Thursday, February 11, 2010

HARI SUKAN 2010

Perbarisan semua rumah sukan dan pasukan beruniform.
Acara Perasmian
Bacaan Ikrar Kejohanan.

Saturday, February 6, 2010

MERENTAS DESA


Kejohanan merentas desa antara rumah sukan telah diadakan bagi mendedahkan para pelajar dengan aktiviti berunsur lari jarak jauh yang lebih lasak. semua pelajar tidak terkecuali daripada menyertai acara ini melainkan pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Acara merentas desa ini juga melengkapkan kejohanan sukan tahunan yang akan diadakan pada 11 Februari nanti.Rumah Jingga telah menjadi johan diikuti dengan rumah hijau.

Sunday, January 31, 2010

AJK PEMBINAAN BANGUAN BARU



Gambar di atas merupakan Ahli Jawatankuasa Pembinaan bangunnan baru SMJK Seg Hwa. Bangunan Blok pentadbiran dan kantin kini telah dapat digunakan sepenuhnya.

Friday, January 15, 2010

KURSUS PENGGUNAAN MODUL MAS


Pada Sabtu 16 Januari 2010, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan kursus bagi guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 SMJK Seg Hwa. Kuruus Penggunaan Modul MAS penulisan karangan SPM itu telah disampaikan oleh En. Rashid Md. Jais yang merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Modul MAS merupakan kaedah pengajaran yang disasarkan kepada pelajar lemah agar dapat sekurang-kurngnya lulus Bahasa Melayu SPM.

Tuesday, January 12, 2010

PN. HWONG CHAN SUEI CIPTA SEJARAH


SMJK Seg Hwa sepatutnya berbangga mempunyai seorang guru seperti Pn. Hwong Chan Suei kerana telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Pada Hari Qualiti 2009 peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang berlangsung 18 Disember 2009 lalu. Hal ini kerana sumbangan beliau diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana pelbagai pencapaian beliau sepanjang tahun 2009. Antara pencapaian beliau adalah :-
1. Jurulatih Pendidikan Moral Peringkat Negeri Johor.
2. Penderma darah Cemerlang 2009 (PPD Segamat)
3. Penceramah Program Pemghayatan Murni Agama Buddha (Segamat Buddist Society)
4. Ketua Pentaksir Kerja Kursus Pendidikan Moral Peringkat Daerah.
5. Penceramah pembentukakkan sahsiah remaja.
6. Penceramah Kursus Kelab Rukun Negara.
7. Penceramah Motivasi Biasiswa.
8. Penceramah Kebersihan diri dan alam.
9. Penceramah Program Kecemerlangan SPM.

PN. SIA PENG YEE HARUMKAN SEG HWA


Pn Sia Peng Yee telah mengharumkan SMJK Seg Hwa kerana telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Pada Hari Qualiti 2009 peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang berlangsung 18 Disember 2009 yang lalu. Beliau merupakan guru cemerlang mata pelajaran fizik telah diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana pelbagai pencapaian beliau sepanjang tahun 2009. Antara pencapaian beliau adalah :-
1. Guru inovatif sekolah menengah daerah Segamat 2009
2. Penceramah penggunaan multimedia dalam P&P
3. Penceramah kursus pemantapan P&P Fizik Negeri Johor
4. Penceramah seminar "Near Miss" Gemilan SPM daerah Segamat
5. Fasilitator Program Diskusi Kecemerlangan Sains dan Matematik Daerah Segamat.
6. Penceramah teknik menjawab soalan fizik SPM
7. Penceramah Kajian Tindakan Daerah Segamat.
8. Pembentang Kajian Tindakan Negeri Johor.

Friday, January 1, 2010

SMJK SEG HWA CEMERLANG PMR 2009

SMJK Seg Hwa, Segamat telah mengukir kecemerlangan tersendiri kerana pelajar yang mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran dalam PMR merupakan terbanyak dalam sejarah SMJK Seg Hwa. Seramai 58 orang daripada 416 orang calon PMR 2009 memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Lebih membanggakan jumlah 58 orang tersebut merupakan terbaik bagi daerah Segamat.