Wednesday, October 14, 2009

PROGRAM SELEPAS PMR

Unit bimbingan & Kaungseling SMJK Seg Hwa telah mengadakan Program Selepas PMR bagi pelajar Tingkatan tiga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

  • Pertandingan Bola Sepak
  • Pertandingan Badminton
  • Pertandingan Bola Keranjang
  • Pertandingan Magik Kuib
  • Pertandingan Spot Stacking
  • Pertandingan Sudoku
  • Pertandingan Karom
  • Pertandingan catur
  • Pertandingan scrabble
  • Pertandingan lagu patriotik
  • Kursus Memasak
  • Kursus Kemahiran belajar
  • Kursus Tajuid & ayat hafazan
  • Kuiz Bahasa Melayu
  • Kuiz Bahasa Inggeris
  • Kuiz Bahasa Cina
  • Kuiz Matematik
  • Kuiz Sains
  • Ujian Psikologi
  • Ceramah Kemahiran

Sunday, October 11, 2009

KURSUS LDP KE 4


Pada Sabtu 10 Oktober lalu sekolah telah mengadakan Kursus Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) ke 4 bagi semua guru SMJKSH. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Tey Boon Tiam. Kursus Kecemerlangan Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran telah disampaikan oleh pengetua cemerlang peringkat negeri Johor iaitu Tn. Hj. Hassan Bin Topit. Beliau merupakan pengetua Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Banyak maklumat berguna yang telah beliau berikan kepada kami sebagai panduan. Ribuan terima kasih Tn. Hj. Hassan bin Topit.

Monday, October 5, 2009

MAJLIS AMANAT DAN RESTU PMR


Pada 5 Okt 2009, Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK Seg Hwa telah mengadakan Majlis Amanat dan Restu PMR di dewan terbuka SMJK Seg Hwa. Majlis ini bertujuan untuk memberi restu dan semangat kepada calon-calon PMR. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Tey Boon Tiam dan disertai oleh guru-guru tingkatan 3. Pada majlis tersebut semua calon menerima satu set alat tulis sumbangan pihak sekolah.


Monday, August 17, 2009

PANDUAN PENCEGAHAN H1N1


1. Kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain.
2. Elakkan berada di khalayak ramai.
3. Semasa batuk dan bersin tutup mulut dengan sapu tangan atau tisu.
4. Lupuskan tisu tercemar.
5. Kerap membasuh tangan dan mencuci dengan cara yang betul.
6. Pengudaraan dalam rumah yang baik.
7. Gunakan penutup mulut.
8. Segera mendapat rawatan jika mengalami selesema dan demam.

Friday, August 7, 2009

KURSUS PENANDAAN BM SPM

Pada Sabtu 8 Ogos lalu Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan kursus penandaan Bahasa Melayu SPM kepada semua guru Bahasa Melayu SMJK Seg Hwa. Cik Tu SiewYen, Junaidah bt Mohamed, En. Rashid Md. Jais dan En Shamsul Ponijan telah menyampaikan maklumat berdasrkan pengalaman dan mengetahuan yang mereka perolehi daripada kurusus di peringkat daerah Segamat.

Tuesday, July 21, 2009

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN

Pada 21 Julai 2009 ceramah kesihatan asas pergigian telah diadakan oleh Unit Kesihatan Pelajar SMJK Seg Hwa di bawah kelolaan Cik Tay Huat Toh. Ceramah ini telah diberikan oleh Dr. Khoo Su Chin dan Jururawat Pn. Norfahana bt Alwi dari Klinik Pergigian Segamat. Program ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan gigi kepada para pelajar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 4 (sesi pagi ) dan tingkatan 2 (sesi petang). Program ini mendapat sokongan daripada kaunselor sekolah.

Saturday, July 18, 2009

KURSUS PENGGUNAAN BUKU TEKS


Panitia Bahasa Melayu SMJK Seg Hwa telah mengadakan Kursus Penggunaan Buku Teks dalam P&P pada Sabtu 18 Julai yang lalu bertempat di Bilik Media. Kursus ini dihadiri oleh semua guru Bahasa Melayu. Kursus yang bermula pada jam 8.00 pagi telah mendapat sentuhan daripada En. Rashid bin Md. Jais yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Tuesday, July 7, 2009

PROGRAM POTENSI DIRI

Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Potensi Diri bagi pelajar-pelajar Tingkatan satu. Program ini telah dilaksanakan oleh guru kaunseling sesi petang Pn. Noraini bt Hussin dan Pn. Norhidayu bt Othman. Program ini telah diadakan pada 22 Feb - 24 Feb 2009 bertempat di perpustakaan sekolah. Objektif program ini adalah untuk membina potensi diri yang positif dalam diri pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik dan diri.

PROGRAM DISIPLIN CEMERLANG

Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK Seg Hwa telah mengadakan Program ini pada 25 Jun yang lalu bertempat di perpustakaan sekolah.
Pihak sekolah telah menjemput ASP Lim dan ASP Cheah dari Balai Polis Segamat bagi menyampaikan ceramah. Mereka telah menyampaikan ceramah berkaitan disiplin kepada para pelajar terpilih. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian mereka membantu kami.

Monday, July 6, 2009

LAWATAN PELAJAR T6


Pelajar tingkatan 6 telah mengadakan lawatan ke kuala Lumpur pada Mac yang lalu. Antara tempat lawatan adalah Bank Negara, Bangunan Parlimen dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sunday, July 5, 2009

PIBG SEKOLAH 2009

1. Penasihat : En. Tey Boon Tiam
2. Yang Dipertua : En. Vincent Pang Ah Kow
3. Naib Yang Dipertua : En. Tan Chiam Kiang
4. Setiausaha : En. Tey Lian Kaw
5. Penolong Setiausaha: Cik Tay Huat Toh
6. Bendahari : En. Tan Boon Hee
7. AJK Ibu bapa : En. Tan Tuan Chia
En. Pang Kian Koo, En. Gan Eng kim,
En. Tey Khai Seng dan En. Goh hwee Biau
8. AJK Guru : Pn. Chew Peng Leng, En. Soh seow Min
Pn. Chong Lee Lee, En. Soh Meng Chee dan En. Chau Tah Soou
9. Juruaudit : En. Tan Ching Seong dan En. Leow Thian Poh.