Monday, October 26, 2009

SMJK SEG HWA JUARA JOHOR


Pada 24 Oktober lalu tiga pelajar SMKSH telah mengharumkan nama Daerah Segamat dengan menjadi juara peringkat negeri Johor semasa Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains Peringkat Negeri Johor 2009. Pertandingan tersebut dijalankan di Perbandaran Perpustakaan Negeri Johor. Peserta SMKSH terdiri dari Tan Say Fin, Risa bt Ashaari dan Chong Soon Chin di bawah bimbingan Pn. Sia Peng Yee. Sebanyak 4 pertunjukan ‘Fun With Air and Water’ dipersembahkan oleh mereka, iaitu

  • Air Cannon
  • Non-drip jug
  • Water-proof Porcupine
  • Wild-wild wet

Kumpulan Seg Hwa telah mendapat hadiah khas Petrosains, sijil pencapaian dan cek bernilai RM1000. Kumpulan ini akan mewakili Negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun depan. Semoga mereka akan berjaya pada peringkat kebangsaan nanti.

Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM RIMUP DI SEK TINGGI SEGAMAT


SMJK Seg Hwa telah menyertai program Rimup (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang telah diadakan di STS pada 22 Oktober 2009. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 3 diringi oleh 5 orang guru iaitu Pn. Norhidayu Othman, Pn. Intan Syleza, Cik Tee Yen Sze, En. Tan Jen Woan dan Pn. Norzailah bt Zainal Abidin sebagai mewakili pihak Pengurusan SMSH. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya persembahan tarian dan persembahan seni mempertahankan diri. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan silaturrahim antara pelajar kedua-dua sekolah. Terima kasih Warga STS.

Wednesday, October 14, 2009

PROGRAM SELEPAS PMR

Unit bimbingan & Kaungseling SMJK Seg Hwa telah mengadakan Program Selepas PMR bagi pelajar Tingkatan tiga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

  • Pertandingan Bola Sepak
  • Pertandingan Badminton
  • Pertandingan Bola Keranjang
  • Pertandingan Magik Kuib
  • Pertandingan Spot Stacking
  • Pertandingan Sudoku
  • Pertandingan Karom
  • Pertandingan catur
  • Pertandingan scrabble
  • Pertandingan lagu patriotik
  • Kursus Memasak
  • Kursus Kemahiran belajar
  • Kursus Tajuid & ayat hafazan
  • Kuiz Bahasa Melayu
  • Kuiz Bahasa Inggeris
  • Kuiz Bahasa Cina
  • Kuiz Matematik
  • Kuiz Sains
  • Ujian Psikologi
  • Ceramah Kemahiran

Sunday, October 11, 2009

KURSUS LDP KE 4


Pada Sabtu 10 Oktober lalu sekolah telah mengadakan Kursus Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) ke 4 bagi semua guru SMJKSH. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Tey Boon Tiam. Kursus Kecemerlangan Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran telah disampaikan oleh pengetua cemerlang peringkat negeri Johor iaitu Tn. Hj. Hassan Bin Topit. Beliau merupakan pengetua Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Banyak maklumat berguna yang telah beliau berikan kepada kami sebagai panduan. Ribuan terima kasih Tn. Hj. Hassan bin Topit.

Monday, October 5, 2009

MAJLIS AMANAT DAN RESTU PMR


Pada 5 Okt 2009, Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK Seg Hwa telah mengadakan Majlis Amanat dan Restu PMR di dewan terbuka SMJK Seg Hwa. Majlis ini bertujuan untuk memberi restu dan semangat kepada calon-calon PMR. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Tey Boon Tiam dan disertai oleh guru-guru tingkatan 3. Pada majlis tersebut semua calon menerima satu set alat tulis sumbangan pihak sekolah.